Thursday, 9 February 2012
Ketika di tingkatan ***
Aku telah pergi ke suatu tempat.. Untuk menyambut hari Raya Aidilfitri.. Keluarga ku dijemput untuk mnghadiri majlis tersebut.. Aku dapat melihat sebuah dewan yang berdiri megah tanpa rasa jemu.. Apabila aku masuk ke sana.. ku lihat wajah-wajah berseri budak-budak sedang meraikan hari yang mulia itu.. Aku terasa kagum dengan mereka.. Selepas majlis itu berakhir.. Ayah ku berkata.. Tahun depan ini adalah tempat ku.. Aku hanya menggeleng tidak setuju.. kerana aku masih menyayangi tempat ku dahulu.. Tempat di mana aku belajar berdikari dengan susah payah.. Di situ lah aku belajar untuk bertahan.. Lagipun ku ingin meneruskan mengambil bahasa akhirat kerana aku seorang yang mudah alpa..
Tahun berganti tahun..
Aku melangkah dengan berat ke sebuah tempat.. Aku dapat merasakan kelainan tempat tu.. Aku hanya melihat semuanya hanya sibuk dengan hal masing-masing.. Aku mengeluh.. Berat rasa hati aku ini, namun kuteruskan langkah ku menongkah arus tersebut.. "Ya Allah, dapat kah aku hidup dalam kelompok ini.. Sedangkan aku hanya seorang yang kerdil.." Aku dapat melihat sinar di setiap wajah yang ku lalui.. Penuh dengan karisma dan keyakinan yang tinggi.. Terasa jauhnya aku dengan mereka semua.. Namun, tekad sudah ditetapkan.. Aku hanya mengikut kehendak mereka.. Tiada apa lagi yang aku dapat buat.. Hanya menerima nasib aku.. Mungkin kah aku dah ditakdirkan untuk ke tempat ini..
" Sesiapa di antara kamu selepas mengambil peperiksaan ini yang terasa mahu pindah dari tempat ini, sila angkat tangan kamu" kata salah seorang pelita. Ku melihat begitu ramai yang mengangkat tangan. Hanya aku dan beberapa orang sahaja yang tidak mengangkat tangan.. "Baiklah , jika itu yang kamu mahu, lakukan dengan terbaik peperiksaan ini sebelum meninggalkan sekolah ini" jawab pelita itu lalu turun dari pentas dengan hati yang sebak.
Lamunan aku terhenti seketika, aku telah dipanggil untuk melaporkan diri. Aku terus berlari untuk ke pejabat. Semua hanya melihat aku, aku tahu apa yang mereka fikirkan.. Mereka merasakan aku ialah seseorang yang baru masuk ke alam menengah.. Aku tidak terkejut, sebab melihat saiz ku ini pasti sahaja samua orang akan mengatakan aku di tahap itu.. Pasti mereka tidak menyangka aku sebenarnya sudah lebih dari tu.. Aku hanya tersenyum sambil masuk ke pejabat.. Aku dapat melihat wajah itu.. Wajah yang penuh semangat dan harapan kepadaku.. Mereka tersenyum padaku sambil bertanya kepadaku sudah melihat kah keadaan sekeliling.. Aku hanya mengangguk dan cuba untuk memberi senyuman.. Siapa aku untuk membantah arahan mereka.. Mereka yang membesarkan ku.. Lalu ini sahaja yang dapat ku buat untuk membalas jasa mereka.. Aku berpaling dan melihat seseorang lagi sedang duduk di atas kerusi malas sambil tersenyum ke arah aku.. Aku tahu maksud senyuman itu.. Dia juga menaruh harapan kepadaku..
Sambil mereka mendengar perbualan mereka, fikiran ku melayang lagi...
"Saya terpaksa pindah wahai sahabatku," kataku sambil cuba membuat muka yang tenang tetapi dalam hati, aku terasa macam nak ketawa kerana aku hanya bergurau dengan mereka semua. "Argh, awak nak pindah? Biar betul, awak nak pindah pergi mana?" balas sahabatku dengan cemas yang tidak tahu aku hanya bergurau sahaja. "Mungkin di tempat yang lebih dekat dengan tempat tinggal saya atau dimana-mana sahaja saya ditakdirkan" jawab ku besahaja. Sebenarnya, aku tidak berniat langsung untuk pindah. Sahabatku hanya mendiamakn diri. Lalu aku membalas dengan tersenyum " Saya bergurau lah, mana boleh saya pindah.. Buah hati saya di sini." Lantas sahabatku tersenyum sambil membuat aksi comel.
Aku telah dibawa oleh seorang pelita ke tempat untuk aku menginap. Aku melihat bangunan tersebut.. Bangunan di mana separuh dari hidupku akan ku habiskan disitu.. Selepas mengurus penginapan ku, aku terus dibawa tempat untuk aku menimba ilmu.. Ketika aku melintasi setiap bilik yang berada di sana, aku dapat melihat kesungguhan para pelita menyalakan api untuk menerangi cahaya kepada para penutut ilmu. Tidak kurang juga kepada penutut ilmu yang berlumba-lumba untuk mengambil cahaya tersebut untuk digunakan pada masa hadapan. Apabila sampai ke tempat yang dituju, aku terkedu kerana aku berasa sungguh gemuruh.. Aku mulakan dengan bacaan basmalah sebelum melangkah masuk ke tempat di mana akan aku menerima ilmu.. Ku melihat bakal rakan-rakan seperjuanganku dengan penuh rasa gentar.. Saiz mereka berbeza dengan aku.. Ku merenung setiap inci kedut di muka mereka, penuh dengan keegoaan dan keyakinan yang tinggi.. Aku memperkenalkan diri aku di hadapan mereka.. Aku berasa lega selepas sesi tersebut tamat.. Namun , aku terasa kesunyian yang teramat sangat kerana aku belum dapat mengenal mereka semua..
Nantikan sambungannya...
Blogged
@ 10:43
Don't let me go Ely With Alya-